Dapatkan aplikasi

Ad-Duha

93. · 11 ayat · Makkiyyah · Tertib penurunan 11الضحى

Surah Ad-Duha ialah surah ke-93 dalam al-Quran dan mengandungi 11 ayat; ia Makkiyyah. Halaman ini memuatkan teks Arab, bacaan rumi, terjemahan Melayu dan tilawah Arab bagi setiap ayat.

Teks Arab: Tanzil UthmaniTerjemahan: Abdullah BasmeihTransliterasi: Tanzil TR (Muhammet Abay)Tilawah: Mishary Râshid el-Afasy

وَٱلضُّحَىٰ

Wad duhaa

Demi waktu dhuha,

وَٱلَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ

Wal laili iza sajaa

Dan malam apabila ia sunyi-sepi -

مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ

Ma wad da'aka rabbuka wa ma qalaa

(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

وَلَلْـَٔاخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ ٱلْأُولَىٰ

Walal-aakhiratu khairul laka minal-oola

Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰٓ

Wa la sawfa y'uteeka rabbuka fatarda

Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.

أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَـَٔاوَىٰ

Alam ya jidka yateeman fa aawaa

Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?

وَوَجَدَكَ ضَآلًّا فَهَدَىٰ

Wa wa jadaka daal lan fahada

Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?

وَوَجَدَكَ عَآئِلًا فَأَغْنَىٰ

Wa wa jadaka 'aa-ilan fa aghnaa

Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?

فَأَمَّا ٱلْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ

Fa am mal yateema fala taqhar

Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,

وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنْهَرْ

Wa am mas saa-ila fala tanhar

Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;

وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ

Wa amma bi ni'mati rabbika fahad dith

Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

← Al-LaylAsh-Sharh →

Dengar dari awal hingga akhir · Ad-Duha

0:00

Pasang di telefon anda

Imbas kod untuk telefon anda dengan kameranya untuk membuka HUSHU di kedai aplikasi.

Kod QR ke halaman HUSHU di Google Play
Android
Kod QR ke halaman HUSHU di App Store
iPhone
Buka Google Play di komputer iniBuka App Store di komputer ini