Dapatkan aplikasi

At-Takathur

102. · 8 ayat · Makkiyyah · Tertib penurunan 16التكاثر

Surah At-Takathur ialah surah ke-102 dalam al-Quran dan mengandungi 8 ayat; ia Makkiyyah. Halaman ini memuatkan teks Arab, bacaan rumi, terjemahan Melayu dan tilawah Arab bagi setiap ayat.

Teks Arab: Tanzil UthmaniTerjemahan: Abdullah BasmeihTransliterasi: Tanzil TR (Muhammet Abay)Tilawah: Mishary Râshid el-Afasy

أَلْهَىٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ

Al haaku mut takathur

حَتَّىٰ زُرْتُمُ ٱلْمَقَابِرَ

Hatta zurtumul-maqaabir

Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -

كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ

Kalla sawfa ta'lamoon

Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!

ثُمَّ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ

Thumma kalla sawfa ta'lamoon

Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!

كَلَّا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ ٱلْيَقِينِ

Kalla law ta'lamoona 'ilmal yaqeen

لَتَرَوُنَّ ٱلْجَحِيمَ

Latara-wun nal jaheem

Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).

ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ ٱلْيَقِينِ

Thumma latara wunnaha 'ainal yaqeen

Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!

ثُمَّ لَتُسْـَٔلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ ٱلنَّعِيمِ

Thumma latus alunna yauma-izin 'anin na'eem

Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!

← Al-Qari'ahAl-'Asr →

Dengar dari awal hingga akhir · At-Takathur

0:00

Pasang di telefon anda

Imbas kod untuk telefon anda dengan kameranya untuk membuka HUSHU di kedai aplikasi.

Kod QR ke halaman HUSHU di Google Play
Android
Kod QR ke halaman HUSHU di App Store
iPhone
Buka Google Play di komputer iniBuka App Store di komputer ini